RUMAH: Baik beli atau sewa??
- hafizisamion
- Jan 10, 2022
- 1 min read
Memiliki rumah bukan mudah, kos permulaannya tinggi. Sekurang-kurangnya kos permulaan adalah 10% dari harga rumah yang anda ingin miliki.
Sering kali menjadi perdebatan berkaitan rumah ini, ada yang kata baik beli, ada yang kata baik sewa. Mana yang bagus ni???
Jawapannya mudah, kita lihat pada asas. Tanya diri, kita beli rumah untuk apa? Nak duduk, nak invest, nak buat pencen?
Jenis rumah macam mana pula kita nak beli? Landed, apartment?
Lokasi pula? Nak dalam bandar? pinggir bandar?
Kemudian, yang terakhir, lihat semula berapa tunai kita ada?
Sekiranya nak beli rumah yang di bandar, landed, RM400,000, kita boleh tak bayar 10% daripada harga ni, bermakna perlu ada tunai RM40,000.
Jadi kene cari pada harga yang kita mampu.
Sewa atau beli, anda jawab soalan di atas, dan anda dapat jawapan. Setiap orang jawapannya berbeza. Tak salah menyewa, tak salah membeli. Asalkan ia tak melebihi 20% pendapatan bulanan kita.
Yang masih ragu lagi, Jom Fizi bantu review kewangan anda untuk mudahkan anda buat pilihan.




Comments