Gaji RM20,000 Sebulan, Tapi Masih Kais Pagi, Kais Petang
- hafizisamion
- Mar 28, 2022
- 3 min read
Baru-baru ini kita dapat berita baik yang mana kerajaan bersetuju untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 sebulan. Ada yang gembira ada yang masih rasa tidak menepati tangga gaji yang sepatutnya. Manakan tidak jika dibandingkan gaji di negara seberang sebelah Selatan Tanah Air, gaji floor engineering (tukang sapu) pun sudah melebihi RM5,000 sebulan.
Beberapa hari lepas Team Fizi dapat satu kejutan paling besar apabila membuat fact finding seorang prospek, Encik J. Apabila ditanya, berapakah belanja sebulan dari gaji bulanan, Encik J tanpa berselindung mengatakan belanja setiap bulan beliau -50% daripada gaji dan setiap waktu tidak cukup untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Ini bukan sahaja mengejutkan malah ia sesuatu yang sangat tidak baik kepada keadaan kesihatan kewangan keluarga Encik J. Orang kata, wang ini sudah menjadi barah ekonomi.
Kami meneruskan sesi fact finding dengan bertanya akan gaji bulanan kasar Encik J. Jumlah gaji yang diterima memang tak masuk akal dengan keadaan kesihatan kewangan Encik J. Kami bayangkan mungkin Encik J bekerja kontrak dengan gaji mungkin di bawah gaji minimum. Tetapi sangkaan kami meleset.
Encik J mengatakan gaji bulanannya adalah RM20,000 ke atas. Dan setiap minggu menerima lagi tambahan imbuhan RM2,000 untuk setiap projek yang Encik J siapkan. Fuhhhh…. RM30,000 tuu!!! Macam mana boleh tak cukup pakai???? Misteri kan?

Disinilah situasi paling kritikal, 150% dari gaji telah digunakan untuk belanja setiap bulan. Bukan sesuatu yang baik. Apa perbelanjaan yang besar tu???
Pada awalnya Encik J tidak mahu berkongsi akan perkara ini. Mungkin sesuatu yang sensitif, tetapi kami yakinkan Encik J untuk berkongsi agar kami dapat membantu menyusun semula kewangan Encik J. Sekurang-kurangnya sesuatu dapat dilakukan untuk mengurangkan kos belanja setiap bulan.
Setelah 5 minit sesi ini berlalu tanpa kata-kata, akhirnya Encik J akur untuk bercerita kepada kami supaya kewangannya dapat ditambah baik. Rupa-rupanya selama ini Encik J……
Encik J adalah seorang yang kuat kaki mesin dan kaki nombor. Jadi tak hairanlah duit bulanan yang 5 angka itu habis di sini. Kami bukan sahaja terkejut dengan pengakuan ini malah kami juga tepuk dahi dengan habit ini. Kami lihat Encik J sepertinya datang dari keluarga baik-baik tetapi kesilapan dalam mengatur langkah kehidupan membuatkan Encik J tersesat ke sini. Perkara ini juga telah berlaku 5 tahun lamanya. Awalnya hanya suka-suka dan kononnya dapat menggandakan duit sedia ada, tetapi hakikatnya habit ini membawa kehancuran kepada institusi keluarga.

Jadi apakah solusi pada masalah yang dihadapi Encik J??
Seperti yang kita sedia maklum habit judi ini adalah diharamkan dalam Islam, jadi Encik J perlu kuat untuk menghalang diri Encik J dari ketagihan dalam Judi. Perbanyakkan solat dan zikir, maka ketagihan ini akan hilang tanpa Encik J sedari.
Menyusun semula kewangan Encik J menggunakan formula kewangan yang kami selalu gunakan supaya seimbang dan lengkap untuk semua situasi.
Menggandakan wang yang telah hilang sebelum ini di tempat yang patuh syariah, kurang risiko dan dapat beri pulangan 8%-12% tahunan secara purata, biar lambat asal selamat.
Kukuhkan semula institusi kekeluargaan dengan solat jemaah bersama, luangkan lebih masa dengan keluarga dan juga face to face dengan keluarga agar segala masalah diselesaikan secara bersama dan lebih menjurus ke arah masa depan lebih baik.
Menyediakan tabung khas untuk kecemasa, pendidikan, hari tua dan juga untuk menunaikan haji bersama keluarga.
InshaAllah 5 solusi di atas dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi Encik J. Bukan sahaja solusi ini dapat menyelesaikan masalah kewangan tetapi juga dapat menyelesaikan masalah rohani dan jasmani.
Encik J percaya, kehidupan ini ada peluang kedua dan ini adalah peluang kedua bagi Encik J. Kami hanya asbab kepada peluang kedua ini. Moga-moga Encik J konsisten untuk berubah dan terus istiqamah untuk membuat tabungan yang lebih.



Comments