top of page
Search

TERGANTUNG SEPI DITINGGALKAN AGENT

Cerita dia bermula ogos 2014, fizi jumpa satu Agent ni dia perkenalkan pada investment unit trust di bawah CWA, kini dah bertukar nama kepada CIMB Principal. Kebetulan masa tu memang tengah cari investment, al maklum baru habis belajar, ada duit lebih sikit, nak cuba invest dan buat simpanan. Nak gandakan duit juga waktu ni.


Fizi mula tak banyak RM500 je. Nak mula lebih takut waktu ini. Masa tu proses memang takde online, segalanya guna manual, isi borang, kene sign. Selepas beberapa bulan tu fizi contact Agent ni. Dia kata dah tak buat investment ni. Aduh, dah kena tinggal pulak kita.


Alamak, macam mana ni, apa nak buat? Nak tengok online tak boleh. Then fizi decide untuk biar jelah investment tu, dengan harapan "mana tau kan lepas 5 tahun jadi lebih banyak."


Masa berlalu, tiap2 tahun dapat statement, tapi amount masih bawah dari harga mula2 invest. Lepas tahun ke 3 Fizi decide ke CIMB Bank, nak tanya berkenaan ini. Tapi jawapannya kurang best. Mereka takde terangkan lebih lanjut pun apa sebenarnya terjadi, kenapa masih tak naik amount ni.


Waktu ni dah redha jelah, dengan harapan investment ni mesti akan naik punya, takkanlah tak naik kan??


Sehinggalah baru dua hari lepas dapat emel mengatakan, online sistem dah boleh digunakan, dan Fizi pun register untuk tengok detail terkini. Dan masih sama juga, jumlah terkini masih di bawah RM500 walaupun nilai capital telah naik ke RM570. Hampir 9 tahun invest tapi tak naik2 walaupun dividen ada dapat pun tak naik. Pelik!!


Ini yang buatkan Fizi nak redeem investment ni, dan uruskan sendiri.




Proses redeem ini tidak boleh guna online, hanya boleh menggunakan manual di kaunter dan prosesnya tidak lebih 5 minit dan sangat cepat. Duit redeem tadi pula akan masuk ke bank lebih kurang seminggu. Terima kasih kerjasama CIMB Principal 9 tahun kita bersama, Jodoh tak panjang, kita berpisah jua akhirnya.


Kenapa perkara ni berlaku sebenarnya??


Jawapannya adalah..... Mula2 kita fahamkan secara umum, Unit trust ini adalah investment yang risikonya tak berapa tinggi, juga tak berapa rendah. Ia berada di tengah2. Ia juga seperti stock investment, ada harga naik turun. Maka strateginya perlu disusun dengan baik.


Memandangkan Fizi pun memang sekarang dah terlibat secara langsung dalam industri Unit Trust di bawah Public Mutual. Jadi Fizi sudah familiar dengan situasi ini.


Pertama, Fizi tak gunakan strategi DCA (Dollar Cost Averaging) atau lebih mudahnya, konsisten invest atau simpan setiap bulan walau dalam keadaan apa pun. Adakala kita akan membeli pada harga tinggi, adakala pada harga rendah, dan akhirnya kita akan dapat pada satu harga purata yang mana kebiasaanya akan lebih rendah dari harga semasa, jadi keuntungan akan lebih tinggi.


Kedua, pemilihan Fund atau Dana juga perlu sesuai dengan keadaan client. Objektif setiap orang berbeza dan cara setiap orang invest juga berbeza. Jadi Agent perlu keluarkan strategi berbeza untuk setiap client agar strategi sesuai dengan objektif client. Bayangkan client jenis Agresif dan mahu pulangan paling tinggi, tapi agent cadangkan untuk masuk ke Bond yang beri pulangan rendah. Jadi bila sampai satu tahap, ia akan jadi konflik antara agent dan client. Inilah punca2 cerita kurang enak keluar kebelakangan ini.


Ketiga, guna kaedah manual, iaitu topup investment bila harga jatuh untuk average down harga. Unit trust adalah dikira mengikut harga+service charge. Sebagai contoh harga kita beli masa mula2 adalah 28sen, kemudian market jatuh, harga turun jadi 23 sen, ini akan jadi 17% negative. Jadi ini sebenarnya adalah waktu sesuai untuk topup untuk turunkan harga ke lebih rendah, mungkin turun pada harga 25 sen (unit dibeli juga perlu diambil kira, boleh semak dengan agent untuk teknik ini). Jadi bila harga kembali pada 28 sen, kita sudah ada untung 12%.


Keempat, diversify investment. Kenapa perlu diversify? Ya, ini sangat membantu kerana, setiap dana itu ada ciri2 tersendiri dan tempat fokus investment juga berbeza. Sebagai contoh, anda invest ke Local fund tanpa invest ke Global fund. Bayangkan market Malaysia jatuh, bagaimana dengan investment kita? Pastinya rugi. Bayangkan pula, investment ini kita diversify kepada 2 tempat, satu local dan satu global, Europe sebagai contoh. Katakan market malaysia jatuh, europe akan cover, market europe jatuh, malaysia akan cover. Begitulah seterusnya. Jadi di sini kita dapat kurangkan kerugian dan dalam masa yang sama, keuntungan itu dapat lebih daripada orang yang fokus pada satu fund sahaja.


Jadi sekarang bila Fizi sudah menjadi Agent Unit Trust, Fizi dapat situasi sama macam dengan di atas. Memang dah faham kerisauan ini wujud dalam diri setiap client Fizi.


TETAPI, dengan strategi yang Fizi susun untuk mereka dan mereka ikut apa yang Fizi dah susun, memang kemungkinan untuk rugi besar itu adalah lebih rendah.


Untuk info, Unit Trust ini boleh invest guna CASH atau guna KWSP akaun 1. Kedua2nya menggunakan strategi berbeza.


Terima kasih yang membaca kisah ini dari awal sampai ke akhir, yang mana ada kes sama ditinggalkan agent, boleh PM Fizi untuk review atau dapatkan khidmat nasihat berkenaan investment anda. Yang baru nak mula pun boleh juga PM Fizi.


InshaAllah Fizi akan bantu sebaik mungkin dan sebaik mungkin capai apa objektif anda.


Pesanan, walaupun kisah Fizi ini mungkin buatkan ada pihak2 kurang senang, Fizi mohon maaf, moga silaturrahim kita terbina akan kekal selamanya. Semua syarikat Unit Trust adalah terbaik. Salam Unit Trust.


Unit Trust Consultant

 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

017-800 4288

  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • Twitter

©2022 Hafizi Samion. Proudly created with Wix.com

bottom of page