Kesedaran Itu Mahal Harganya
- hafizisamion
- Mar 28, 2022
- 3 min read
Minggu lepas Team Fizi ada berjumpa dengan seorang client ni. Kami berjumpa melalui sahabat kami di dalam industri ini juga.
Seperti biasa apabila berjumpa prospek atau client kami akan membuat sesi perkenalan. Mr S nama samaran beliau. Seorang yang berdedikasi dan juga seorang yang baik. Tidak dapat dinafikan sesuatu yang berlaku dalam hidup Mr S ini membuka mata kami. Bayangkan air mata kami hampir mengalir apabila mendengar luahan dan cerita Mr S.
Ceritanya bermula begini. Awal tahun ini tahun 2022 seperti ada sinar untuk setiap orang yang sudah 2 tahun dikongkong dengan COVID19. Tatkala, Semua berharap tahun 2022 adalah permulaan lebih baik untuk lembaran baru dalam hidup, Mr S diuji dengan ujian yang sangat berat.
Feb 2022 adalah bulan yang menguji buat Mr S. Anak kesayangan Mr S telah diuji dengan ujian yang berat.
Tidak pernah dalam jangkauan Mr S akan diuji sebegini berat. Anak Mr S disahkan menghidapi penyakit…… Leukimia…..

Penyakit yang tiada ubatnya sehingga hari ini. Terduduk Mr S mendengar berita ini. Seperti tidak percaya, seperti ditampar dengan tamparan yang hebat…..
Yang membuatkan Mr S termenung, anak Mr S baru berumur 2 tahun tetapi telah diuji dengan ujian sebegini berat. Sayu melihat anak Mr S. Isteri Mr S juga tiada pilihan, tetapi terpaksa redha dengan ketentuan Illahi. Tiada ucapan keluar dari mulut isteri Mr S.

Mr S berulang-ulang kali mengatakan menyesal dengan sepenuh hati, tidak dapat menyediakan pelan perlindungan kesihatan kepada anaknya sewaktu belum ditimpa penyakit. Manakan tidak setahun yang lepas ketika masih sihat, Mr S rasakan pelan kesihatan dan kad medikal itu tidak penting. Mr S rasakan, anaknya masih kecil, mana mungkin mudah ditimpa penyakit seperti ini. Tambahan pula, dalam keluarga termasuk Mr S dan Isteri tiada penyakit berat, tidak mungkin ada kemungkinan penyakit seperti leukimia akan menguji anak mereka.
Kami yang mendengar luahan hati Mr S hampir menitiskan juga airmata jantan kami. Tapi kami tahan supaya suasana masih dalam keadaan terkawal waktu itu. Kami tidak dapat bayangkan apakah nasib anak Mr S selepas ini. Mengharungi waktu-waktu dalam hidupnya dengan tiup-tiup seluruh badan dan juga perlu buat rawatan dialisis setiap 3 hari.
Ujian ini sangat besar dalam hidup mereka. Disebabkan ini juga isteri Mr S terpaksa cuti tanpa gaji dan terpaksa berpindah ke Kelantan untuk memudahkan urusan. Tambahan juga, syukur Mr S baru sahaja dikurniakan anak kedua, dan isteri Mr S sedang berpantang di Kelantan. Tetapi Mr S masih tetap bekerja di sini, mencari rezeki untuk keluarga. Hujung minggu baru pulang ke Kelantan untuk melawat keluarga.
Kewangan Mr S kini sangatlah kritikal. Mujur beberapa tahun lepas Mr S ada membuat simpanan di Unit Amanah secara konsisten. Simpanan inilah yang membantu kewangan Mr S kini. Dan simpanan inilah yang juga membantu kos perubatan anak Mr S.
Tatkala diuji sebegini, Mr S masih mampu tersenyum walaupun dalam hatinya hanya Allah yang tahu. Kami hanya dapat membantu dari segi menyusun semula kewangan Mr S dan juga menyediakan perlindungan untuk Mr S, isteri dan juga anak yang baru dilahirkan. Tetapi kami faham, menyara keluarga lebih penting ketika ini di kala kewangan yang kritikal. Kami doakan Mr S beroleh kekuatan mnghadapi ujian ini dan dikurniakan rezeki melimpah ruah.

Apa yang kita belajar disini adalah, perancangan kewangan itu sangatlah penting Ketika kita mampu dan sihat. Jika kita sudah diuji ujian seberat Mr S, kita sudah tidak mampu untuk merancang kewangan dengan lebih baik. Paling penting adalah perlindungan perubatan dan kesihatan itu juga penting ketika masih sihat, kerana selepas kita tidak sihat, kita telah dinafikan perindungan ini. Jika kita rasa tak penting ketika kita sihat, bermakna kita belum sampai ke tahap kesedaran itu mahal harganya.
Moga-moga kita dikurniakan kesihatan yang baik.



Comments