Simpanan Kecemasan "0" Walaupun Telah Bekerja 10 tahun
- hafizisamion
- Mar 29, 2022
- 2 min read
Kebanyakan rakyat Malaysia mula bekerja seawal 20-an. Sewaktu umur ini pelbagai perkara mereka mahu ada dalam hidup. Contohnya, nak beli kereta, nak beli rumah, nak beli iphone, nak kahwin. Jadi mereka bekerja keras untuk capai semua perkara ini sebelum melangkah umur 30-an.
Dalam waktu mencari perkara yang di mahukan dalam hidup, adakala kita terlupa pada satu perkara yang amat penting sekarang iaitu simpanan kecemasan. Beberapa tahun lepas simpanan kecemasan ini tidaklah berapa dititik beratkan oleh ramai pihak tetapi semenjak Covid19 melanda dunia, wang kecemasan inilah yang menjadi penyelamat ramai untuk meneruskan hidup.

Mana tidaknya, waktu ini adalah waktu genting, yang makan gaji tiada kenaikan gaji, tiada bonus, yang bisnes, bisnes perlahan, sampai tidak boleh bayar perbelanjaan bisnes. Hujung-hujung banyak bisnes terpaksa ditutup dan juga ada yang mengubah model bisnes lain.
Covid19 penentu di mana, siapa ada banyak wang kecemasan dia akan dapat meneruskan hidup dengan mudah. Bermakna, siapa yang tiada wang kecemasan, aliran wang tunai bulanan memang akan negatif dan memang perlu mencari sumber pendapatan tambahan untuk memastikan perbelanjaan bulananan masih dalam keadaan yang baik.

Daripada survey 10 orang yang kami jumpa, 7 orang pastinya akan mengatakan masih tiada akaun simpanan kecemasan khas, dan hanya 3 orang yang mengatakan telah membuat akaun simpanan kecemasa khas. Daripada 7 orang ini, 4 orang akan menggunakan satu akaun simpanan+kecemasan. Wang ini lah menjadi tempat simpanan dan juga wang inilah digunakan untuk kecemasan, selebihnya 3 orang lagi masih belum mempunyai simpanan atau wang kecemasan.
Dapat dilihat dari sini, andai kata 3 orang ini dibuang kerja atau kehilangan sumber pendapatan, ia adalah sangat kritikal untuk mereka meneruskan hidup. Inilah antara penyebab desakan hidup untuk melakukan apa sahaja demi meneruskan kelangsungan hidup.

Jadi, untuk artikel kali ini, kami nak menyarakan untuk kita membuat akaun kecemasan yang mana sekurang-kurangnya 3 bulan daripada gaji dan setiap bulan cuba asingkan 20% dari gaji ke akaun kecemasan ini.
Percayalah anda akan bersyukur dengan akaun kecemasan ini apabila waktunya anda sangat perlukan wang.
Mahu membuat akaun simpanan kecemasan di Unit Trust dan berpeluang untuk mendapat dividen setiap bulan?
klik perkataaan Hafizi Samion di bawah untuk maklumat lanjut.
017-8004288



Comments